Ketika membaca Al-Quran, tentu ANDA ada terfikir :
"Mengapa bacaan saya masih tidak 'perfect'
& sebutannya masih berbunyi
‘ala melayu’ walaupun saya dah mahir
izhar-idgham-ikhfa-panjang-pendek & lain-lain?"
"Bagaimanakah teknik termudah untuk kuasai
RAHSIA bacaan ‘Ala Arab’ bak Imam ‘Masjidil Haram’
yang 'perfect' makhraj, sifat
serta hukum-hakam tajwidnya?
Alhamdulillah... KINI RAHSIANYA DIBONGKAR!
Tingkatkan kemahiran bacaan Al-Quran anda
dari ‘'semi-pro ke ‘Pro’ dengan :

( 3 DVD PAKEJ TAJWID PRO! )


Penerangan secara PRAKTIKAL teknik
PALING TEPAT membunyikan 10 bacaan khusus dalam
Al-Quran yang selama ini
tidak diterangkan
SECARA JELAS dlm
buku-buku tajwid.
DVD 1 :
10 BACAAN UNIK
& KHUSUS DALAM
AL-QURAN.
DVD 2 :
KESALAHAN SEBUTAN
10 HURUF UTAMA
DALAM AL-QURAN.
PERINCIAN
bunyi paling tepat bagi
10 HURUF HIJA'IYYAH
yang paling selalu
disebut secara
kurang tepat
oleh lidah
masyarakat melayu.
DVD 3 :
3 JENIS KESALAHAN
SEBUTAN KALIMAH
DALAM AL-QURAN.
Penjelasan
SATU-PERSATU
3 JENIS KESALAHAN
SEBUTAN KALIMAH
yang paling kerap
dilakukan oleh
sebilangan
masyarakat kita
ketika membaca Al-Quran.
3 DVD yang WAJIB anda miliki kerana ia akan :
Mendedahkan RAHSIA Ilmu tajwid bersifat 'advance', khusus untuk mendedahkan kesilapan PALING KERAP DILAKUKAN oleh orang melayu tapi AMAT JARANG diterangkan dlm kitab tajwid secara PRAKTIKAL!

Menyelesaikan MASALAH BUNYI BACAAN AL-QURAN yang masih longgar sana-sini walaupun anda dah khatam banyak buku tajwid & mahir hukum asasnya spt idgham-izhar-mad-ikhfak dll.

Menjelaskan kesalahan UTAMA bacaan Al-Quran orang melayu, dimana kesalahan ini biasanya hanya diketahui melalui berguru dengan Tuan Guru Al-Quran mahir sahaja.

Memberi peluang untuk anda 'UPGRADE' gaya bacaan Al-Quran dengan menjelaskan BEZA bunyi sebutan 'Ala melayu' yg kurang tepat ke bunyi 'Ala Arab' yang lebih mirip seperti bacaan Rasulullah.

PENDEK KATA, ia adalah Ilmu tajwid 'advanced' yang perlu dikuasai bagi mencapai tahap 'pro' seperti Imam Masjidil Haram yg terkemuka!
Tetapi sebelum itu, ada baiknya anda ketahui, bagaimana Ustaz Asraff kuasai semua 'ilmu tajwid paling berharga' ini melalui pengalamannya bertalaqqi bersama 3 'tok guru syeikh arab' di Mesir :
'Sharing' dari :

Ustaz Hj. Mohd Asraff Ayob Al-Hafiz
'Pakar hafazan & ilmu Al-Quran anda!'
Kenali beliau disini.
Blog : www.asraffayob.com
Assalamualaikum w.b.h

Para pembaca yang dihormati,

PER : BAGAIMANA CARA TERMUDAH NAK 'UPGRADE'  BACAAN AL-QURAN KITA YANG MASIH KEDENGARAN KURANG SEMPURNA?


Selama ini, kita merasa kualiti bacaan Al-Quran kita 'jauh panggang dari api' dengan Imam, Qari serta Syeikh arab kerana :












3 perkara di atas merupakan 1 persoalan besar kerana bagi saya, tentu ada ’missing point’ : KEMAHIRAN TAJWID LAIN yg masih tidak kita kuasai hingga menyebabkan level bacaan kita masih berada di tahap level 6, bukannya level 10 seperti imam-imam, Syeikh & Qari tersebut.
kita lihat di musabaqah Al-Quran antarabangsa, kualiti sebutan huruf mereka 'MANTAP-MANTAP' belaka.

kita dengar ketika solat tarawikh, Imam Masjidil Haram 'perfect'  saja bacaannya.

kita merasa ketinggalan dengan bacaan 'Syeikh arab' yang bukan setakat best-best, bahkan lahjah, sebutan huruf dan makhrajnya tepat-tepat belaka..
Soalnya, apa kelebihan bacaan mereka?

Apa pula masalah bacaan kita yang masih tidak 'sempurna' walaupun dah khatam bermacam jenis buku-buku tajwid?
ALHAMDULILLAH! Saya telah ketahui sebahagian RAHSIANYA : cara untuk tingkatkan kualiti bacaan Al-Quran kita dari tahap 'Ala melayu' ke 'ala arab'.

Dan kini, saya ingin 'share'  RAHSIA tersebut dengan ANDA pula.

Tapi sebelum itu,  saya ingin kongsikan dahulu, bagaimana saya memperolehi kesemua 'mutiara ilmu tajwid' berharga itu melalui pengalaman MENDALAMI KEMAHIRAN BACAAN
AL-QURAN bersama 3 SYEIKH PAKAR AL-QURAN di MESIR :

13 tahun lepas, selepas saya berhasil mengkhatamkan hafazan Al-Quran 30 juz serta mempelajari ilmu Tajwid dengan beberapa tuan guru Al-Quran terkemuka di Maahad Ahmadi, saya menyangka tahap bacaan Al-Quran sudah hampir ke 'level 10'....

Tetapi benar kata pepatah 'Jauh perjalanan, luas pemandangan'.  Ketika di Mesir, baru saya tahu, bacaan Al-Quran saya di 'level 5' sahaja bila ber'talaqqi' Al-Quran dengan 3  Tuan guru 'syeikh' Al-Quran yang amat pakar di Mesir iaitu Syeikh Hassan Rejab, Syeikh Sayyid Ali Abdul Majid dan Syeikh Nabil Muhammad.

Melalui mereka, barulah saya sedar :

'Masya-Allah!, banyaknya salah-silap bacaan Al-Quran saya selama ini!


 
Dengan Syeikh Hassan, barulah saya tahu sebutan kalimah saya semuanya kurang tepat & makhraj huruf banyak yang longgar!

Dapat pula Syeikh Hassan ini agak garang, bayangkanlah, sekali syeikh tegur kesalahan saya, semua orang dalam masjid dengar!


**************************

Dengan Syeikh Sayyid, barulah saya tahu 'sebutan huruf 'Kho' pun tak lepas!'...

Belajar dengan beliau lebih mencabar. Hendak ke rumahnya perlu tukar bas 3 kali. Kemudian, jalan kaki lebih kurang 2 kilometer & redah habuk musim panas Mesir yg kadangkala mencecah 45 celcius. Nak pengsan rasanya bila anak syeikh cakap 'Asraff, hari ni 'cancel' talaqqi sebab syeikh keluar!


**************************

Dengan Syeikh Nabil, barulah saya perasan 'rupanya bacaan saya selama ni bunyinya 'ala melayu' je....'.

Cabaran nak 'upgrade' bacaan 'ala melayu' ke 'ala arab' lebih hebat. 'Asraff, kalau nak talaqqi harini, datang rumah saya pukul 10 malam'. Waktu habis talaqqinya? - 1 pagi! Kena banyak telan pil sabar menuntut ilmu dengan syeikh ni!
Memang pengalaman menuntut ilmu dengan mereka agak mencabar, tetapi  melalui 3 syeikh inilah, saya berjaya :


ketahui beberapa TEKNIK PENTING kemahiran tajwid yg perlu dikuasai untuk mendapatkan bacaan Al-Quran ala 'lenggok sebutan arab'.


mengetahui beberapa KELEMAHAN TERSEMBUNYI bacaan Al-Quran 'LIDAH MELAYU'  yang sebenarnya agak longgar makhraj-sifat-fasohahnya berbanding bacaan sempurna & mantap dari 3 Syeikh tersebut.


Ada banyak 'lompong' bacaan Al-Quran yang tidak saya ketahui walaupun saya dah 'khatam' banyak kitab-kitab tajwid dan mahir semua hukum mad-idgham-izhar-iqlab dll.
Pendek kata,  3  Syeikh ini telah mendedahkan KELEMAHAN2 UTAMA
BACAAN AL-QURAN 'lidah' MELAYU!!


 
Dan saya berpendapat, kini sudah sampai masanya
SAYA KONGSIKAN KESEMUA 'ILMU TAJWID BERHARGA'
itu kepada anda semua.
Untuk lebih memudahkan anda, saya telah kumpulkan kesemua ilmu itu dalam 3 DVD yang telah saya pakejkan iaitu
'DVD TAJWIDPRO'.


Saya berhasrat melalui DVD ini, ia membantu meningkatkan kualiti bacaan masyarakat dari bunyi 'ala melayu' ke 'ala arab' yang lebih tepat seperti sebutan Rasul.

hasrat saya agar melalui DVD ini, saya dapat berkongsi dengan semua masyarakat islam kita 'mutiara2 ilmu Al-Quran paling berharga' yang saya perolehi dari 3 syeikh hebat Mesir.

melalui DVD, ia memberi peluang kepada lebih ramai masyarakat kita di luar sana yang mungkin tidak berkesempatan mendalami ilmu Al-Quran melalui tuan guru syeikh arab, dan memberi kesempatan kepada mereka yang mungkin tidak berpeluang belajar Al-Quran secara intensif dengan tuan guru Al-Quran mahir.

apa sahaja mutiara ilmu bacaan Al-Quran berharga yang saya ketahui & kuasai dari mereka, saya ingin anda juga ketahuinya!
Mudah cerita,
Tujuannya satu sahaja : 'ingin juga bunyi bacaan kita, lenggok makhrajnya macam imam 'Masjidil Haram!'

Kedengaran bagus bukan?

Ya, ia tidak mustahil dicapai jika anda ketahui kandungan DVD ini yang mendedahkan :
Kandungan DVD 1 :

10 BACAAN UNIK & KHUSUS
DALAM AL-QURAN.

"Dalam DVD ini, saya terangkan secara PRAKTIKAL, teknik PALING TEPAT membunyikan 10 bacaan khusus dlm Al-Quran yang selama ini tidak diterangkan SECARA JELAS dlm mana-mana buku-buku tajwid.


Kenapa saya tekankan 10 bacaan ini sahaja?

- kerana 10 bacaan inilah yang paling mengelirukan, bersifat amat teknikal dan penentu membezakan ilmu tajwid kita berada di tahap 'pro' atau tidak.

- paling mengelirukan KERANA banyak perbezaan pendapat (hatta tuan guru Al-Quran pun kadang2 keliru) cara membunyikan beberapa bacaan ini dengan tepat.

- bersifat amat praktikal KERANA ia tidak mungkin dikuasai jika anda membaca buku tajwid semata.

- Penentu tajwid anda 'PRO' atau tidak KERANA saya dapati, 10 bacaan inilah yang paling kerap berlaku kesalahan dalam pembacaan Al-Quran masyarakat kita.


10 BACAAN TERSEBUT IALAH :

1.         Bacaan SAKTAH - bagaimanakah kaedah 'berhenti sekejap 2 harakat' tanpa mencuri nafas itu?

2.        Bacaan IMALAH - bunyi tepatnya macam mana? 'Re' seperti bunyi 'rehal' atau seperti bunyi 'x-ray'? Agak keliru bukan?

3.        Bacaan ISYMAM - ketika memuncungkan bibir mulut, perlukah dengung 2 harakat atau tidak?

4.        Bacaan TASHIL - ini teknik paling sukar. Buku tajwid takkan mampu menerangkannya kecuali berguru sahaja.

5.        3 PERKATAAN DIBACA IBDAL ATAU TASHIL - sama seperti di atas. Sukar dikuasai tanpa berguru. Lebih-lebih lagi kita tak tahu sebenarnya ada  dua pilihan untuk membunyikannya.

6.        Bacaan NAQOL - teknik yang paling ramai orang 'tersalah baca'. Wajib anda ketahui beza bunyi salah & bunyi betulnya.

7.        Bacaan ILTIQA' SAKINAIN - Kesalahan paling popular orang ramai lakukan, kerana jumlahnya banyak & bertaburan dalam Al-Quran bak 'jerangkap samar'.

8.        6 PERKATAAN 'ALIF ISTIMEWA' - Selalunya, ramai yg TERSALAH membacanya dlm surah Al-Insan.

9.        Teknik IBTIDA' HAMZAH WASOL - ramai yang  tepat bacaannya, tapi dalam Surah Fatihah saja. Surah lain? Confuse...

10.        3 PERKATAAN 'DO'FIN' - tak ramai tahu ada 2 pilihan untuk baris huruf 'dod', sehingga ada yang mengganggap 'Quran ni salah cetak' bila menemukan ia berbeza baris dengan Al-Quran yang selalu dibaca.


Hmm.... ingin lihat sendiri contoh sedutan videonya? Sila
klick mana-mana dari 2 GAMBAR DI BAWAH :
Kandungan DVD 2 :

KESALAHAN SEBUTAN
10 HURUF HIJA'IYYAH UTAMA
DALAM AL-QURAN.

"Dalam DVD ini, saya terangkan  secara TERPERINCI bunyi paling tepat bagi 10 HURUF HIJA’IYYAH yang paling selalu disebut secara kurang tepat oleh lidah melayu ketika membaca Al-Quran.


Mungkin ada yang terfikir 'rasanya ustaz, ia tidak begitu penting bagi saya....'

Nanti dahulu, biar saya ceritakan akibat jika tidak memahirkan diri dalam sebutan huruf.

Tahukah anda, jika sebutan huruf 'Ha pedas' bertukar kepada 'Ha gulung' dalam Fatihah, ia boleh menyebabkan makna mungkin bertukar dan seterusnya membatalkan solat anda?

Ini yang disebutkan sebagai Lahnun Jaliy  (kesalahan besar) dan Lahnun Khofiy (kesalahan kecil). Boleh dikatakan, 70% dari masalah Lahnun Jaliy berpunca dari kesalahan ketika menyebut 10 huruf tersebut.

- Kesalahannya nampak remeh, tapi impaknya besar!

- Makna ayat Al-Quran boleh bertukar,

- Bahkan, solat pun boleh batal kerananya...

Disebabkan itulah, DVD ini hadir untuk membantu anda mengelak dari melakukan kesalahan sama berulang kali..


10 HURUF TERSEBUT IALAH :

1.        Huruf Kho’ - Huruf inilah yang selalu saya 'confirm salah' dengan Syeikh Sayyid di Mesir dulu!        
               
2.        Huruf  Ha’ Pedas - ramai yang 'confuse' membunyikannya dengan huruf Ha' gulung.

3.        Huruf Dal - Nampak mudah, tapi tahukah anda, sebenarnya ramai yang tersilap membunyikannya seakan bunyi huruf D!
                       
4.        Huruf Dzal - Betulkah bunyi yang anda amalkan selama ini? atau mungkin, ia lebih seperti bunyi huruf Zai atau 'Z' sebenarnya?

5.        Huruf Ro’ - Huruf paling kompleks untuk dipraktikan, kerana ia berubah-ubah : sekejap jadi Ro' tebal, sekejap lagi Ro' nipis....        
               
6.        Huruf Dod - Huruf yang kalau salah teknik menyebutnya, boleh 'tergeliat' lidah kerana ia sepatutnya 'parking' di tepi gigi geraham!

7.        Huruf To’ - Soalan kuiz : adakah anda dapat bezakan secara tepat perbezaan huruf ini dengan huruf Ta' atau 'T'? Dapatkan jawapannya dlm DVD ini.                

8.        Huruf Zo’ - Selalunya, kita membunyikan huruf ini seperti huruf 'Z' saja, sedangkan bunyi tepatnya ada sedikit 'tebal dan berat'. Ketahui teknik sebenarnya.

9.        Huruf  ‘Ain - ramai orang tahu makhrajnya ialah di tengah kerongkong. Masalahnya, tengah kerongkong itu di mana?                        

10.        Huruf Ghoin - Nampak mudah, tapi bayangkan, saya ambil masa 3 bulan untuk 'perfect'kan bunyi sebutan huruf ini depan Syeikh Hassan dulu..

Mudah cerita, jika anda berjaya kuasai betul-betul sebutan 10 huruf ini, setengah masalah bunyi 'ala melayu' anda akan selesai!

Hmm.... ingin lihat sendiri contoh sedutan videonya? Sila
klick mana-mana dari 2 GAMBAR DI BAWAH :
Kandungan DVD 3 :

3 JENIS KESALAHAN SEBUTAN
KALIMAH DALAM AL-QURAN.

Inilah RAHSIA BESAR yang WAJIB anda tahu jika benar-benar
ingin jadikan bacaan anda bertaraf 'ala-arab'!

Dalam DVD ini, saya terangkan secara PRAKTIKAL
3 JENIS KESALAHAN SEBUTAN KALIMAH
yang paling kerap dilakukan oleh sebilangan masyarakat kita
TANPA DISEDARI  ketika membaca Al-Quran.


'Hmm...3 sahaja ustaz? tak banyaklah rasanya....'

Benar, ia nampak sedikit tetapi bagi saya, ilmu dalam DVD 3 inilah merupakan 'intipati' ilmu paling berharga yang saya perolehi dari 3 syeikh arab tersebut.

Dalam DVD  ini, saya kongsikan segala kesalahan sebutan 'ala melayu' yang SANGAT SUKAR dikesan kesalahannya oleh guru Al-Quran biasa, tetapi dapat diketahui oleh Syeikh Arab.

Semua perbincangan dalam DVD 3 ini TIDAK AKAN DAPAT DIKETAHUI melalui bacaan buku tajwid semata kerana :

- Ia adalah ilmu berbentuk praktikal

- Ia adalah ilmu yang hanya diketahui melalui pengalaman, bukan pembacaan.

DAN PALING UTAMA :

Ia adalah ilmu yang diperolehi dari mereka yang BENAR-BENAR PAKAR SAHAJA!

Dan sekarang, saya gembira untuk kongsikannya dengan anda melalui DVD 3 ini iaitu :

1.        Huruf-huruf yang DITEBALKAN tanpa sengaja.
       (ada 7 contoh yang saya datangkan dlm DVD ini.)

Huruf Hijaiyyah terbahagi kepada 2 kumpulan besar iaitu HURUF ISTIKLA' (yang agak berat & tebal bunyinya) serta HURUF ISTIFAL ( yang ringan & nipis sebutannya).

Masalah PALING BESAR ialah kita banyak tersilap & tertukar! Huruf tebal dinipiskan, sementara huruf nipis ditebalkan... 


2.        Huruf/kalimah yang DIBUNYIKAN SECARA SALAH tanpa sengaja.
       (ada 7 contoh yang saya datangkan dlm DVD ini.)

'Apa maksudnya Ustaz Asraff.....?'. Begini. Ia bermaksud BUNYI BARIS huruf tertentu telah disengetkan bunyinya, serta cara sebutan bunyi barisnya kurang tepat.

Puncanya satu sahaja : bunyi sebutan 'lidah melayu’ telah kita bawa ke dalam bacaan Al-Quran....


3.        Huruf2 dlm kalimah yg DILANTUNKAN bunyinya tanpa sengaja.
      (ada 5 contoh yang saya datangkan dlm DVD ini.)

Percayalah, buku tajwid PALING TEBAL pun tak mampu terangkan secara terperinci kesalahan ini. Sebabnya ialah, kita hanya AKAN TAHU bentuk kesalahan ini melalui PRAKTIKAL SAHAJA.

Ada 2 CARA saja utk anda ketahuinya secara praktikal, iaitu :

1) Berguru sepenuh masa dengan pakar Al-Quran, atau
2) Miliki DVD ini, di mana saya dedahkan semuanya untuk memudahkan anda.


Hmm.... ingin lihat sendiri contoh sedutan videonya? Sila
klick mana-mana dari 2 GAMBAR DI BAWAH :

"Hanya yang berkualiti sahaja untuk anda"
Semua video ini dalam bentuk DVD, dimana gambarnya JELAS DAN TERANG kerana shooting dan editing menggunakan video kamera professional & teknologi 'layar hijau'.

Penerangannya pula dilakukan secara 'step-by-step', kemas dan tersusun, dengan bahasa penerangan yang saya gunakan MUDAH DIFAHAMI & tidak terlalu kompleks, lengkap dengan contoh 'ayat Quran'nya sekali.

Anda juga tidak perlu install apa-apa perisian untuk menonton DVD ini. Hanya pasangkannya pada DVD player t.v (seperti DVD movie yg biasa dibeli), dan Ustaz Asraff akan mula mengajar di rumah anda!
Dengar maklumbalas mereka tentang
'3 DVD PAKEJ TAJWID PRO' di Bawah :
Kesemua ilmu yang dikongsikan ini  bukan setakat pengalaman saya berguru dengan 3 syeikh sahaja, ia juga termasuk PENGALAMAN SAYA MENGAJAR AL-QURAN kepada beratus anak murid sekitar Kuala lumpur selama 6 tahun.

Bahkan, saya telah memilih beberapa individu untuk memberikan pandangan mengenai kualiti produk ini. Latar-belakang mereka lebih kurang sama seperti anda : tahu tajwid & bagus baca Al-Quran, tapi ingin 'upgrade' lagi kualiti bacaan ke tahap 'Pro'.


   Ini apa kata mereka:
"Pendekatan mudah memahami tajwid bagi kalangan professional dan awam. Penekanan terhadap aspek tajwid yang jarang ditekankan di masyarakat kita, melalui kaedah praktikal YANG AMAT UNIK.

Penyertaan bantuan multimedia beserta contoh yang diberikan dan penyampaian yang kemas & mantap menjadikan subjek tajwid LEBIH MENARIK dan MUDAH DIFAHAMI.

DVD ini PERLU DIMILIKI DI SETIAP RUMAH terutamanya didalam usaha untuk memperbaiki bacaan Al-Quran kita."
Dr. Azrina Md Ralib
Pensyarah/Pakar Anestesiologi & Rawatan Rapi,
Kulliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa (U.I.A)
"Jadi Ustaz Asraff, berapa pelaburan saya
untuk produk yang ditunggu-tunggu ini?"
TUNGGU!...
Sekiranya anda bertindak memilikinya sekarang, saya akan berikan
2 HADIAH BONUS PERCUMA iaitu :
 
BONUS 1# :
Tiket diskaun 80% ke
Seminar ‘Kaedah Hafazan Sicilik XXX’  berharga RM 25
(dari harga asal RM 125)
Ia adalah seminar tentang teknik hafazan Al-Quran untuk ANAK ANDA - sicilik yang 'comel & nakal' di rumah itu. Saya sedang membuat kajian bagaimanakah CARA TERBAIK & PALING PRAKTIKAL agar sicilik itu dapat menghafaz surah Al-Quran dengan riang-gembira di rumah, terus bawah pengawasan anda, tanpa perlu menghantarnya jauh-jauh ke maahad tahfiz.

Seminar ini akan saya lancarkan pada tahun 2013, sebaik isteri saya menghabiskan pengajiannya. Dan ketika itu, tiket seminar ini akan dijual pada harga Rm125 (mungkin lebih tinggi, kerana kos menganjurkan seminar di Malaysia semakin meningkat).

*Penggunaan tiket ini tertakluk kepada syarat & peraturan yang akan dijelaskan kepada anda nanti.
 
 
BONUS 2# :
Ebook 145 fakta Menarik & Menakjubkan
tentang Al-Quran (berharga Rm 20)
Ia adalah ebook yang dijual di laman web www.kaedahjibril.com.

Kandungannya terdiri dari himpunan 145 fakta menakjubkan yang selama ini tersembunyi di celah-celah kandungan kitab arab yang tebal-tebal dan sukar difahami. Ia telah saya pilih dengan begitu teliti dan dikumpulkan, agar anda lebih mudah mengetahuinya.

Ebook 145 fakta dibahagikan kepada 5 bab utama (Fizikal, kandungan, tafsir, surah dan sejarah) memudahkan anda mengetahui kaitan setiap fakta-faktanya.

Harga asal 3 DVD ini ialah :
Rm90.

Walau bagaimanapun,
Untuk tempoh terhad,
AMAT TERHAD SEBENARNYA, saya berikan HARGA PROMOSI iaitu :

RM 60 SAHAJA!
(terhad kepada cetakan pertama DVD
ini iaitu 1,000 unit.)


*************************************
TETAPI ALHAMDULILLAH, ADA BERITA BENAR-BENAR BAIK UNTUK ANDA!
*************************************

Harganya telah dikurangkan kepada :

RM 45 SAHAJA!

(tekan sini untuk beli sekarang!)


Untuk makluman, ini bukanlah harga diskaun dari saya. Sebenarnya, harganya tetap RM60.

TETAPI BARU-BARU INI, seorang HAMBA ALLAH (identitinya dirahsiakan atas permintaan) yang ingin membantu meningkatkan penguasaan bacaan AL-Quran masyarakat kita melalui DVD TAJWIDPRO telah bersetuju :

- menyerap RM15 dari harga asal RM60 bagi setiap baki DVD TAJWIDPRO yang dijual melalui internet.

- Ini bermakna, anda boleh memilikinya dengan RM45 SAHAJA berbanding harga diskaun asal RM60, kerana sebahagian dari kosnya (Rm15) telah ditampung oleh beliau!


**************************

Oleh itu, jangan tunggu lagi. Dapatkan
PAKEJ DVD TAJWID PRO sekarang (jimat Rm45 dari harga asal RM90) dan jadilah antara orang pertama memilikinya, sebelum harga promosi cetakan pertama habis dijual.

HakCipta terpelihara © 2011 www.tajwidpro.com  & Rizqona Enterprise. Segala yang terkandung dalam laman web ini tidak boleh diambil/ditiru semula secara digital atau cetakan non-digital tanpa kebenaran pemilik.
(Sila tekan butang 'Beli sekarang' di atas untuk membuat pembelian.)
Tentang Kami                Hubungi Kami                Affiliate
( Gambar di atas adalah GAMBAR SEBENAR DVD yang bakal anda miliki. )
( Gambar di atas adalah GAMBAR SEBENAR DVD yang bakal anda miliki. )
( Gambar di atas adalah GAMBAR SEBENAR DVD yang bakal anda miliki. )
PERCUMA!

Ebook 'Sahkah solat anda?'
Betulkan Fatihah anda sekarang!
Berharga Rm25

Klik disini.
En. Nazri Jamil
Senior Manager di Syarikat Multi-nasional, Damansara
www.wasiat.info

Koleksi TajwidPro adalah merupakan satu bahan rujukan saya yang penting untuk memperbaiki bacaan Al-Quran saya. Ciri-ciri seperti kandungan pembelajaran yang teratur, penyampaian yang terang dan jelas serta pengunaan contoh-contoh baik secara teori dan amali menjadikan TajwidPro ini amat mudah difahami dan dipraktikkan.

Memiliki DVD TajwidPro samalah seperti memiliki rujukan dan ustaz tajwid di rumah untuk membantu memperbaiki bacaan Al-Quran.

Syabas Ustaz Asraff kerana menerbitkan satu lagi produk ilmiah yang berkualiti !

Video penerangan HUKUM TAJWID 'ADVANCE' yg disampaikan secara santai, step-by-step dan tersusun, dengan menggunakan teknologi rakaman video kamera professional.

Hanya perlu pasang di DVD PLAYER - dengar - PRAKTIKKAN!
APA TUJUANNYA?
BARU!!

Ingin dapatkan DVD TAJWIDPRO secara terus dengan wakil kami berdekatan kawasan anda?

klik disini.

PENGEDAR DIPERLUKAN!